Monday, November 22, 2010

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran - Cerdas

Kemahiran :
Pengukuran dan perbandingan isipadu cecair

Objektif Pembelajaran Umum :
Menyusun kapasiti air dalam pelbagai bekas dengan turutan menaik dan turutan menurun.


Objektif Pembelajaran Khusus :
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran , murid dapat memahami  turutan menaik dan turutan menurun berdasarkan perbandingan kapasiti air dengan bantuan benda-banda maujud.


Pengetahuan sedia ada :
Murid-muird sudah dapat
a) Mengukur dan membuat perbandingan tentang timbangan berat.
b) Memahami konsep banyak , kurang dan sedikit , cetek dan dalam.
c) Mengetahui konsep turutan menaik dan turutan menurun dalam topic nombor..

Nilai murni : Bekerjasama dan berjimat-cermat

Bahan bantu mengajar :

  • Belon yang sama saiz
  • Beg plastic yang sama saiz
  • Air botol yang sama saiz
  • Tabung uji yang sama saiz
  • Selinder penyukat yang sama saiz
  • Bekas besar yang berisi air yang berwarna
  • Penangkut baju
  • Kakti retot

Prosedur


a) Guru menyediakan bahan-bahan bantu mengajar , murid juga digalakkan membawa bahan-bahan sehari sebelumnya.

b) Guru membawa semua murid ke makmal sains untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.


c) Guru menyoal murid tentang minuman yang paling mereka minati dan akibatnya sekiranya mnuman itu muncul di depan mereka ( * minum dengan banyak )


d) Sebalik , guru mengemukakan soalan apakah respond jika minuman yang mereka tidak minat berada di depan mereka. contohnya ubat syrup ( * minum sedikit )


e) Guru membimbing murid –murid menyusun belon yang berisi air dalam turutan menaik dan seterusnya turutan menurun dengan gantungkan pada kaki retot.


f) Secara kumpulan 5 orang ,murid menyusun botol yang berisi air dalam turutan menaik dan seterusnya turutan menurun pada meja masing-masing.


h). Dalam berkumpulan 5 orang , guru meminta murid menuang air ke dalam tabung uji s secara :
        i) Turutan menaik     ii) Turutan menurun


i). Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menyelesaikan secara individu.


No comments:

Post a Comment