Monday, November 22, 2010

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran - Lemah

Kemahiran :
Pengukuran dan perbandingan isipadu cecair

Objektif Pembelajaran Umum :
Perbandingan dengan bekas yang berkapasiti 1 liter.

Objektif Pembelajaran Khusus:
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran , murid dapat memahami konsep kapasiti dan mengasingkan dan membandingkan :
  • bekas-bekas yang berkapasiti kurang daripada 1 liter .
  • bekas-bekas yang berkapasiti lebih kurang 1 liter.
  • bekas-bekas yang berkapasiti lebih 1 liter:
dengan tepat ke atas bantuan bahan maujud dan bimbingan guru.

Pengetahuan sedia ada : Murid-muird
  • pernah melihat bekas-bekas dalam kehidupan seharian.
  • sudah memahami konsep kurang daripada ,lebih kurang , lebih daripada .
  • mengetahui konsep turutan menaik dan turutan menurun dalam topic nombor..

Nilai murni : Bekerjasama dan berjimat-cermat

Bahan bantu mengajar :

  • Cawan
  • Air kotak minuman
  • Air botol berkapasiti 1 liter
  • Baldi
  • Bekas –bekas yang mempunyai kapasiti yang berbeza Penangkut baju
  • 3 baldi besar yang berisi air.

Prosedur

a) Guru mempamerkan air botol yang berkapasiti 1 liter, kemudian meminta murid memberi contoh lain seperti syampu rambut atau syampi badan dan juga botol minyak masak ,. guru menegaskan bekas terebut berkapasiti 1 liter.

b) Guru mempamerkan air kotak minuman , mug yang berkapasiti kurang daripada 1 liter, kemudian meminta murid membuat perbandingan dengan bekas yang berkapasiti 1 liter .mengemukakan soalan yang manakah mempunyai kapasiti yang lebih atau kurang.

c) Guru mempamerkan tupper-ware yang besar dan membuat perbandingan dengan air botol yang berkapasiti 1 liter kemudian meminta murid menyatakan bekas yang manakah mempunyai kapasiti yang lebih dan sebaliknya.

d) Secara berkumpulan 5 orang ,guru meminta muird mengisi air ke dalam mug , botol yang berkapasiti 1 liter dan tupper-ware , meminta murid memberi respong bekas yang manakah memerlukan air yang paling banyak air untuk dipenuhkan. Berdasarkan botl yang berkapasiti 1 liter , guru meminta murid membuat perbandingan dengan bekas yang berkapasiti kurang 1 liter dan juga bekas yang lebih daripada 1 liter.

e) Aktiviti langkah e diulangi dengan menggunakan bekas yang lain tetapi bekas yang berukuran 1 liter tetap dikekalkan. Guru mengemukana soalan selepas murid mengisi air ke dalam bekas-bekas.

f) Guru menunjukkan bekas –bekas berkapasiti kurang daripada 1 liter , lebih kurang 1 liter, dan lebih daripada 1 liter seperti yang ditunjukkan dalam bahan bantu mengajar powerpoint , dan kemudian membimbing murid mengasingkan berdasarkan kapasiti air.

g) Guru mengagihkan murid kepada 3 kumpulan 5 ahli setiap kumpulan , memberi arahan tentang permainan ,meminta mencari bekas yang mempunyai lebih kurang sama. , contohnya Kumpulan A mencari bekas yang berisipadu kurang daripada 1 liter , kumpulan B mencari bekas-bekas yang berisipadu lebih kurang 1 liter manakala Kumpulan C mencari bekas-bekas yang berisipadu lebih daripada 1 liter dan diletak dalam gelung rotan masing-masing seperti yang ditunjukkan dalam powerpoint.

h) Guru membimbing murid –murid semasa permainan dijalankan jika perlu. Semua kumpulan bergilir-gilir , guru mencatatkan pencapaian dan memberi bimbingan sekiranya ada murid yang berkeliruan..

i) Guru mengedaarkan lembaran kerja dan meminta murid menyapkan dengan bantuan guru jika perlu..

No comments:

Post a Comment