Monday, November 22, 2010

Bibliografi

Bahagian Pendidikan Guru( 2009). Modul Latihan Literasi Dan Numerasi Sekolah Rendah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Murugiah s/o Velayutham , dan T, K Kao .(2010). HBMT2103 Teaching Mathematics In Year Two (6th ed). Selangor : Open University Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Mathematics Curriculum Specifications Year 2 .Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Randall I Charles, et. al (2002).Math Grade 1 Teacher’s Edition Volume 2 .Scott Foresman: New York

Siti Fazlili Abdullah (2010) HBMT1203 Teaching Mathematics In Pre-School And Year One ion (8th ed). Selangor : Open University Malaysia.

T. S. Lee, et. al (2003). Mathematics Year 2. Activity Book Part 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

T. S. Lee, et. al (2003). Mathematics Year 2. Textbook Part 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zoom-A Pembelajaran Interaktif Melalui Internet.(Online). Available from http://www.zoom-a.com/

http://www.scribd.com/doc/39097990/Satu-Kajian-Mengenai-Penggunaan-Bahan-Bantu
Baca lagi....

Rumusan Miskonsepsi Isipadu Cecair

Guru yang menjalankan pembelajaran dan pengajaran matematik di dalam kelas , tentu menghadapi masalah samada murid yang pintar , murid yang sederhana ataupun lemah . Ini terpulang kepada kreativiti , pengalaman serta kebolehan guru mengatasi masalah murid yang mempunyai salah pemahaman konsep tentang isipadu cecair.

Tindakan yang diambil oleh dapat menimbulkan atau wujud suasana yang ingin belajar di kalangan murid serta memberi peluang kepada murid-murid mempelajari kemahiran matematik mengikut kadar kebolehan mereka sendiri. Ini dilakukan untuk mengelak mereka daripada terus tercicir , berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari matematik.seterusnya dapat memupuk minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran matematik.
Baca lagi....

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran - Lemah

Kemahiran :
Pengukuran dan perbandingan isipadu cecair

Objektif Pembelajaran Umum :
Perbandingan dengan bekas yang berkapasiti 1 liter.

Objektif Pembelajaran Khusus:
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran , murid dapat memahami konsep kapasiti dan mengasingkan dan membandingkan :
  • bekas-bekas yang berkapasiti kurang daripada 1 liter .
  • bekas-bekas yang berkapasiti lebih kurang 1 liter.
  • bekas-bekas yang berkapasiti lebih 1 liter:
dengan tepat ke atas bantuan bahan maujud dan bimbingan guru.

Pengetahuan sedia ada : Murid-muird
  • pernah melihat bekas-bekas dalam kehidupan seharian.
  • sudah memahami konsep kurang daripada ,lebih kurang , lebih daripada .
  • mengetahui konsep turutan menaik dan turutan menurun dalam topic nombor..

Nilai murni : Bekerjasama dan berjimat-cermat

Bahan bantu mengajar :

  • Cawan
  • Air kotak minuman
  • Air botol berkapasiti 1 liter
  • Baldi
  • Bekas –bekas yang mempunyai kapasiti yang berbeza Penangkut baju
  • 3 baldi besar yang berisi air.

Prosedur

a) Guru mempamerkan air botol yang berkapasiti 1 liter, kemudian meminta murid memberi contoh lain seperti syampu rambut atau syampi badan dan juga botol minyak masak ,. guru menegaskan bekas terebut berkapasiti 1 liter.

b) Guru mempamerkan air kotak minuman , mug yang berkapasiti kurang daripada 1 liter, kemudian meminta murid membuat perbandingan dengan bekas yang berkapasiti 1 liter .mengemukakan soalan yang manakah mempunyai kapasiti yang lebih atau kurang.

c) Guru mempamerkan tupper-ware yang besar dan membuat perbandingan dengan air botol yang berkapasiti 1 liter kemudian meminta murid menyatakan bekas yang manakah mempunyai kapasiti yang lebih dan sebaliknya.

d) Secara berkumpulan 5 orang ,guru meminta muird mengisi air ke dalam mug , botol yang berkapasiti 1 liter dan tupper-ware , meminta murid memberi respong bekas yang manakah memerlukan air yang paling banyak air untuk dipenuhkan. Berdasarkan botl yang berkapasiti 1 liter , guru meminta murid membuat perbandingan dengan bekas yang berkapasiti kurang 1 liter dan juga bekas yang lebih daripada 1 liter.

e) Aktiviti langkah e diulangi dengan menggunakan bekas yang lain tetapi bekas yang berukuran 1 liter tetap dikekalkan. Guru mengemukana soalan selepas murid mengisi air ke dalam bekas-bekas.

f) Guru menunjukkan bekas –bekas berkapasiti kurang daripada 1 liter , lebih kurang 1 liter, dan lebih daripada 1 liter seperti yang ditunjukkan dalam bahan bantu mengajar powerpoint , dan kemudian membimbing murid mengasingkan berdasarkan kapasiti air.

g) Guru mengagihkan murid kepada 3 kumpulan 5 ahli setiap kumpulan , memberi arahan tentang permainan ,meminta mencari bekas yang mempunyai lebih kurang sama. , contohnya Kumpulan A mencari bekas yang berisipadu kurang daripada 1 liter , kumpulan B mencari bekas-bekas yang berisipadu lebih kurang 1 liter manakala Kumpulan C mencari bekas-bekas yang berisipadu lebih daripada 1 liter dan diletak dalam gelung rotan masing-masing seperti yang ditunjukkan dalam powerpoint.

h) Guru membimbing murid –murid semasa permainan dijalankan jika perlu. Semua kumpulan bergilir-gilir , guru mencatatkan pencapaian dan memberi bimbingan sekiranya ada murid yang berkeliruan..

i) Guru mengedaarkan lembaran kerja dan meminta murid menyapkan dengan bantuan guru jika perlu..
Baca lagi....

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran - Cerdas

Kemahiran :
Pengukuran dan perbandingan isipadu cecair

Objektif Pembelajaran Umum :
Menyusun kapasiti air dalam pelbagai bekas dengan turutan menaik dan turutan menurun.


Objektif Pembelajaran Khusus :
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran , murid dapat memahami  turutan menaik dan turutan menurun berdasarkan perbandingan kapasiti air dengan bantuan benda-banda maujud.


Pengetahuan sedia ada :
Murid-muird sudah dapat
a) Mengukur dan membuat perbandingan tentang timbangan berat.
b) Memahami konsep banyak , kurang dan sedikit , cetek dan dalam.
c) Mengetahui konsep turutan menaik dan turutan menurun dalam topic nombor..

Nilai murni : Bekerjasama dan berjimat-cermat

Bahan bantu mengajar :

  • Belon yang sama saiz
  • Beg plastic yang sama saiz
  • Air botol yang sama saiz
  • Tabung uji yang sama saiz
  • Selinder penyukat yang sama saiz
  • Bekas besar yang berisi air yang berwarna
  • Penangkut baju
  • Kakti retot

Prosedur


a) Guru menyediakan bahan-bahan bantu mengajar , murid juga digalakkan membawa bahan-bahan sehari sebelumnya.

b) Guru membawa semua murid ke makmal sains untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.


c) Guru menyoal murid tentang minuman yang paling mereka minati dan akibatnya sekiranya mnuman itu muncul di depan mereka ( * minum dengan banyak )


d) Sebalik , guru mengemukakan soalan apakah respond jika minuman yang mereka tidak minat berada di depan mereka. contohnya ubat syrup ( * minum sedikit )


e) Guru membimbing murid –murid menyusun belon yang berisi air dalam turutan menaik dan seterusnya turutan menurun dengan gantungkan pada kaki retot.


f) Secara kumpulan 5 orang ,murid menyusun botol yang berisi air dalam turutan menaik dan seterusnya turutan menurun pada meja masing-masing.


h). Dalam berkumpulan 5 orang , guru meminta murid menuang air ke dalam tabung uji s secara :
        i) Turutan menaik     ii) Turutan menurun


i). Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menyelesaikan secara individu.


Baca lagi....

Lembaran Kerja Murid Lemah

Sila muaturun lembaran kerja yang disediakan. Sila klik..

Semoga anda berjaya menjawab soalan yang diberikan.
Baca lagi....

PPT Isipadu Cecair Matematik T2 Lemah


Semoga anda dapat memahami apa yang hendak disampaikan.
Baca lagi....

Lembaran Kerja Murid Cerdas

Sila muaturun lembaran kerja untuk meningkatkan kefahaman anda. Klik di sini.

Selamat menjawab..
Baca lagi....

Thursday, November 18, 2010

Wednesday, November 10, 2010

Child Conservation ( Isipdu Cecair )


Sila menonton video di atas.

Sekian untuk video part 1..
Baca lagi....

Tuesday, November 9, 2010

Pengenalan miskonsepsi isipadu cecair

Isipadu cecair merujuk kepada muatan cecair di dalam sesuatu bekas. Kapasitinya boleh diukur dengan unit sebarangan atau unit bukan piawai seperti cawan , gelas ataupun sudu manakala unit piawai diukur dalam unit milimetres dan litres.
Kebanyakkan kanak-kanak terdedah kepada isipadu cecair dalam kehidupan seharian , tetapi ramai juga menghadapi masalah miskonsepsi ( salah pemahaman tentang komsep ) tentang kapasiti , terpengaruh dengan ketinggian sesuatu bekas yang menyimpan cecair. Sekiranya ini tidak dibetulkan dengan serta –merta . Ia .akan terus kekal di dalam peringatan atau k memori mereka dan sukar diperbetulkan melain dengan tunjuk ajar yang berterusan. Guru atau ibu bapa perlu memandang berat memastikan semua murid atau anak mereka menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam satu unit pembelajaran atau tajuk yang yang sudah ditentukan ( Kementerian Pendidikan Malaysia , 1998).
Baca lagi....

Monday, November 8, 2010

Isi Kandungan Tugasan

Bilangan
Kandungan
1
Pengenalan
2
2  Video Yang Berkaitan  Isipadu Cecair
3
Bahan Bantu Mengajar Power Point  ( Kumpulan  Cerdas)
4
Bahan Bantu Mengajar Power Point  ( Kumpulan   Lemah)
5
Strategi  Pengajaran Dan  Pembelajaran (Kumpulan  Cerdas )
6
Strategi  Pengajaran Dan  Pembelajaran (Kumpulan  Lemah)
7
Lembaran Kerja (Kumpulan  Cerdas)
8.
Lembaran Kerja (Kumpulan  Lemah)
9
Rumusan
Baca lagi....

Sunday, November 7, 2010

Tugasan HBMT 2103


FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
______________________________________________


HBMT 2103 : TEACHING MATHEMATICS IN  YEAR TWO
SEMESTER  SEPTEMBER 2010

TUGASAN KURSUS
_________________________________________

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

PREPARED FOR:
ENCIK MOHAMMAD B BASAR

PREPARED BY:
FONG MEW MENG
670706-01-5873002

Baca lagi....